Sabtu, 31 Ogos 2013
HARI KEMERDEKAAN
PADA HARI KEMERDEKAAN TAHUN INI , SEKOLAH SAYA TELAH DIDATANGI OLEH ORANG - ORANG DARI TELEKOM MALAYSIA UNTUK BERSAMA - SAMA MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAH KAMI . BANYAK AKTIVITI YANG TELAH DIADAKAN .
Khamis, 29 Ogos 2013
SEMPENA NAMA MUNSHI
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Munshi Abdullah sempena mengambil nama Tokoh Kesusasteraan Melayu Moden kita. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir tetapi lebih dikenali sebagai Munshi Abdullah. Dilahirkan di Kampung Pali, Melaka pada tahun 1796. Berketurunan peranakan Arab /India. Bapanya seorang saudagar yang memegang jawatan di pejabat Syahbandar Melaka pada masa pemerintahan Belanda. Beliau bekerja dengan beberapa mubaligh Kristian adan menjadi guru Bahasa Melayu dan penterjemah. Beliau digelar ‘Munshi’ oleh askar-askar India yang beragama Islam sewaktu mereka tinggal di Melaka kerana beliau menjadi guru agama mereka. Pernah turut serta dalam rombongan perdagangan ke Kelantan dan ilham dari pelayarannyaitu, beliau telah menghasilkan’Kisah Pelayaran Abdullah’ (1837). Antara karya beliau yang paling terkenal ialah ‘Hikayat Abdullah’ (1849). Dianggap Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran ‘Munshi’ yang bererti’guru’ diberikan kepadanya sesuai dengan sifatnya sebagai seorang pendidik bahasa dan sastera Melayu Moden.
SAJAK HARI GURU
WALAUPUN HARI GURU DAH LEPAS , TAPI SAJAK INI UNTUK SEMUA GURU SMK MUNSHI ABDULLAH
GURU OH GURU
BERBURU DI PADANG DATAR
DAPAT RUSA BELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI
DIALAH PEMBERI PALING SETIA
TIAP AKAR ILMU MILIKNYA
PELITA DAN LAMPU SEGALA
UNTUK MANUSIA SEBELUM MENJADI DEWASA
DIALAH IBU DIALAH BAPA JUGA SAHABAT
ALUR KESETIAAN MENGALIRKAN NASIHAT
PEMIMPIN YANG DITAULIAHKAN SEGALA UMAT
SERIBU TAHUN KATANYA MENJADI KHIDMAT
JIKA HARI INI PERDANA MENTERI BERKUASA
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA' YANG MULIA
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
JIKA HARI INI SIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA
SEJARAHNYA DIMULAKAN DENGAN SEORANG GURU
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS - BACA
DIMANA - MANA DIA BERDIRI DIMUKA MURIDNYA
DI SEBUAH SEKOLAH MEWAH DI IBU KOTA
DI BANGUNAN TUA MUNSHI ABDULLAH
DIA ADALAH GURU MEWAKILI SERIBU BUKU
SEMAKIN TERPENCIL DUDUKNYA DI CERUK DESA
SEMAKIN BERERTI TUGASNYA KEPADA NEGARA
JADILAH APA PUN PADA AKHIR KEHIDUPANMU GURUKU
BUDI YANG DIAPUNGKAN DI DULANG ILMU
PANGGILAN KERAMAT "CIKGU" KEKAL TERPAHAT
MENJADI KENANGA DI AKHIR HAYAT.
GURU OH GURU
BERBURU DI PADANG DATAR
DAPAT RUSA BELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI
DIALAH PEMBERI PALING SETIA
TIAP AKAR ILMU MILIKNYA
PELITA DAN LAMPU SEGALA
UNTUK MANUSIA SEBELUM MENJADI DEWASA
DIALAH IBU DIALAH BAPA JUGA SAHABAT
ALUR KESETIAAN MENGALIRKAN NASIHAT
PEMIMPIN YANG DITAULIAHKAN SEGALA UMAT
SERIBU TAHUN KATANYA MENJADI KHIDMAT
JIKA HARI INI PERDANA MENTERI BERKUASA
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA' YANG MULIA
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
JIKA HARI INI SIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA
SEJARAHNYA DIMULAKAN DENGAN SEORANG GURU
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS - BACA
DIMANA - MANA DIA BERDIRI DIMUKA MURIDNYA
DI SEBUAH SEKOLAH MEWAH DI IBU KOTA
DI BANGUNAN TUA MUNSHI ABDULLAH
DIA ADALAH GURU MEWAKILI SERIBU BUKU
SEMAKIN TERPENCIL DUDUKNYA DI CERUK DESA
SEMAKIN BERERTI TUGASNYA KEPADA NEGARA
JADILAH APA PUN PADA AKHIR KEHIDUPANMU GURUKU
BUDI YANG DIAPUNGKAN DI DULANG ILMU
PANGGILAN KERAMAT "CIKGU" KEKAL TERPAHAT
MENJADI KENANGA DI AKHIR HAYAT.
Rabu, 28 Ogos 2013
Majlis Pelancaran i-THINK
FIKIR i-THINK, GUNA i-THINK
Ucapan Tn Pengetua
Ucapan Pn Rohani Marjuki mewakili PPD
Perasmian Oleh Pn Rohani Marjuki
Program i-THINK merupakan program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Pelajar - pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir, sejajar dengan apa yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing pada peringkat global.
Ucapan Tn Pengetua
Ucapan Pn Rohani Marjuki mewakili PPD
Perasmian Oleh Pn Rohani Marjuki
Program i-THINK merupakan program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Pelajar - pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir, sejajar dengan apa yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing pada peringkat global.
MAKSUD LENCANA SEKOLAHKU
LENCANA SEKOLAHKU
Huruf SMKMA:
Singkatan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.
Warna Merah:
Berani, gagah berjuan mengikut kebijaksanaan.
Warna Biru :
Ilmu, keimanan dan ketakwaan.
Warna Putih:
Jiwa yang bersih untuk mencapai cita-cita murni.
Kancil :
Bijak seperti Sang Kancil
Roda:
Peredaran zaman dan perkembangan dan sains teknologi pendidikan.
Buku:
Melambangkan institusi ilmu dan para pelajar menuntut ilmu.
Bulatan:
Kegiatan sukan dan olahraga dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan otak.
Tangan:
Lambang tangan menadah, bermaksud memohon restu daripada Allah SWT dan mendokong cita - cita murni.
Selasa, 27 Ogos 2013
SEJARAH SEKOLAH
Mempunyai dua aliran yang dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan dan Darjah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Kelas- kelas darjah menengah ini menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Bagan Nakhoda Omar.
Darjah-darjah menengah yang telah mula dibuka pada 11 Januari 1965. Tiap-tiap darjah menengah yang tersebut diketuai oleh seorang guru yang dipanggil Guru Ketua.
Pada 8 Januari 1968, kelas-kelas tersebut telah dipindahkan ke bangunan sendiri seperti yang ada sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah, Sabak Bernam Barat.
Y.A.B Tun Abd Razak bin Hussein telah menyempurnakan perasmian sekolah ini pada 29 Mac 1969 dan namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam Barat.
Pada tahun 1964, pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan agar membina sebuah sekolah menengah di kawasan DUN Sungai Air Tawar.
Ahli Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan untuk menguruskan projek tersebut.
Ahli Jawatankuasa Bertindak yang dilantik adalah terdiri daripada:-
Tuan Hj. Yusuf bin Hj. Ramli - Ketua Kampung Sungai Air Tawar
Tuan Hj. Khalil bin Kasmijan - Ketua Penerangan UMNO
Cawangan Sg. Air Tawar
(Pemberita Utusan Melayu)
En. Tukiban bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
En. Samian bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Anuar - Ketua Kampung Tebuk Mufrad
Mereka ini menemui Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Encik Khir Johari dan mengajukan usul agar sekolah yang dipohon itu dibina pada akhir tahun 1966 dan mula digunakan pada tahun 1968. Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.
Langgan:
Catatan (Atom)