Isnin, 26 Ogos 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK MUNSHI ABDULLAH

SMK MUNSHI ABDULLAH MENCIPTA REKOD TERBAIK DALAM SUKAN OLAHRAGA MSSD 2011


Pada 28 hingga 31 mac 2011 telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam. Kejohanan tersebut dijalankan di Stadium Sabak Bernam. Kejohanan itu juga disertai sekolah – sekolah di seluruh daerah Sabak Bernam.
Sekolah kita telah menghantar kontigen seramai 27 atlit yang merupakan jumlah atlit paling sedikit dalam kejohanan dwitahunan tersebut.
Kekurangan tidak sedikitpun melunturkan semangat pelajar – pelajar SMK Munshi Abdullah untuk mengharungi cabaran dalam acara yang dipertandingkan.
Dalam kejohanan itu sekolah kita telah memperolehi 7 emas, 6 perak dan 6 gangsa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 19 pingat yang terkumpul. Ini sekaligus meletakkan SMK Munshi Abdullah di tempat ke enam daripada 17 buah sekolah yang bertanding.
Pencapaian tersebut merupakan satu rekod yang terbaik pernah dicapai oleh sekolah dalam tempoh 10 tahun.
Pingat emas telah diperolehi melalui Tan Chee Siong menerusi acara lempar cakera dengan lontaran 29.47meter sudah cukup menggapai emas untuk kategori lelaki bawah 18 tahun. Dalam masa yang sama beliau juga memperolehi pingat perak dalam acara merejam lembing dengan catatan 33.27meter dalam kategori yang sama.
Manakala dalam kategori perempuan bawah 18 tahun sekolah kita juga telah memperolehi pingat perak dan gangsa masing – masing melalui acara lari 100m dan 200m.
Dalam kategori lelaki bawah 15 tahun sekolah kita telah memperolehi 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa. 2 emas menerusi Mohd Zuliyadi B Mohd Ali menerusi acara lari 400m, 800m dan sekadar pingat gangsa dalam acara 1500m. Mohd Taqiyuddin B Maizal juga Berjaya menyumbang 1 pingat emas dalam acara merejam lembing(35.78meter) dan 1 pingat gangsa dalam acara lompat jauh (5.02meter). Tidak ketinggalan juga Adib Asyraf B Mohd Khalid menggapai pingat perak dalam acara lempar cakera(1.56meter).
Seterusnya dalam kategori lelaki bawah 14 tahun, sekolah kita memungut 2 pingat perak. Masing – masing melalui Mohd Aiman B Basri dalam acara merejam lembing (25.65meter) dan Lukman Hakem b Muryono dalam acara lempar cakera (24.84).
Kemudian dalam Kategori perempuan bawah 14 tahun, Sekolah kita berjaya memperolehi pingat emas dan gangsa dalam acara lari 800m menerusi Manimegalai A/P Muthu dan Gunavathi A/P Noel Steven. Dalam acara lari 1500m yang melibatkan mereka juga tidak menghampakan dengan Manimegalai A/P Muthu memperolehi pingat emas dan Gunavathi A/P Noel Steven memperolehi pingat perak.
Dalam acara lari 4×400m yang melibatkan Manimegalai A/P Muthu, Gunavathi A/P Noel Steven, Nurul Syakira Bt Abdullah dan Harshini A/P krisnamaurthy sekadar memperolehi pingat gangsa.
Nurul Syakira Bt Abdullah juga memperolehi pingat gangsa dalam acara lari 400m dan Nurliyana Bt Ramli juga memperolehi pingat emas dalam acara lompat jauh(3.55meter).
Perkembangan ini merupakan tanda yang positif untuk menjadikan SMK Munshi Abdullah sebuah sekolah yang mampu bersaing bukan sahaja sekolah – sekolah di daerah Sabak Bernam bahkan sekolah – sekolah di seluruh Negara.
Kejayaan pelajar – pelajar ini bukan datang dengan sendirinya. Dibelakang mereka berdiri teguh guru – guru SMK Munsi Abdullah yang berkorban masa,tenaga dan idea untuk mencapai matlamat tersebut. Sekalung tahniah atas segala tunjuk ajar guru – guru yang diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai jurulatih olahraga sehingga membawa kejayaan yang gemilang untuk SMK Munshi Abdullah Sabak bernam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan