Sabtu, 31 Ogos 2013
HARI KEMERDEKAAN
PADA HARI KEMERDEKAAN TAHUN INI , SEKOLAH SAYA TELAH DIDATANGI OLEH ORANG - ORANG DARI TELEKOM MALAYSIA UNTUK BERSAMA - SAMA MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAH KAMI . BANYAK AKTIVITI YANG TELAH DIADAKAN .
Khamis, 29 Ogos 2013
SEMPENA NAMA MUNSHI
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Munshi Abdullah sempena mengambil nama Tokoh Kesusasteraan Melayu Moden kita. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir tetapi lebih dikenali sebagai Munshi Abdullah. Dilahirkan di Kampung Pali, Melaka pada tahun 1796. Berketurunan peranakan Arab /India. Bapanya seorang saudagar yang memegang jawatan di pejabat Syahbandar Melaka pada masa pemerintahan Belanda. Beliau bekerja dengan beberapa mubaligh Kristian adan menjadi guru Bahasa Melayu dan penterjemah. Beliau digelar ‘Munshi’ oleh askar-askar India yang beragama Islam sewaktu mereka tinggal di Melaka kerana beliau menjadi guru agama mereka. Pernah turut serta dalam rombongan perdagangan ke Kelantan dan ilham dari pelayarannyaitu, beliau telah menghasilkan’Kisah Pelayaran Abdullah’ (1837). Antara karya beliau yang paling terkenal ialah ‘Hikayat Abdullah’ (1849). Dianggap Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran ‘Munshi’ yang bererti’guru’ diberikan kepadanya sesuai dengan sifatnya sebagai seorang pendidik bahasa dan sastera Melayu Moden.
SAJAK HARI GURU
WALAUPUN HARI GURU DAH LEPAS , TAPI SAJAK INI UNTUK SEMUA GURU SMK MUNSHI ABDULLAH
GURU OH GURU
BERBURU DI PADANG DATAR
DAPAT RUSA BELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI
DIALAH PEMBERI PALING SETIA
TIAP AKAR ILMU MILIKNYA
PELITA DAN LAMPU SEGALA
UNTUK MANUSIA SEBELUM MENJADI DEWASA
DIALAH IBU DIALAH BAPA JUGA SAHABAT
ALUR KESETIAAN MENGALIRKAN NASIHAT
PEMIMPIN YANG DITAULIAHKAN SEGALA UMAT
SERIBU TAHUN KATANYA MENJADI KHIDMAT
JIKA HARI INI PERDANA MENTERI BERKUASA
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA' YANG MULIA
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
JIKA HARI INI SIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA
SEJARAHNYA DIMULAKAN DENGAN SEORANG GURU
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS - BACA
DIMANA - MANA DIA BERDIRI DIMUKA MURIDNYA
DI SEBUAH SEKOLAH MEWAH DI IBU KOTA
DI BANGUNAN TUA MUNSHI ABDULLAH
DIA ADALAH GURU MEWAKILI SERIBU BUKU
SEMAKIN TERPENCIL DUDUKNYA DI CERUK DESA
SEMAKIN BERERTI TUGASNYA KEPADA NEGARA
JADILAH APA PUN PADA AKHIR KEHIDUPANMU GURUKU
BUDI YANG DIAPUNGKAN DI DULANG ILMU
PANGGILAN KERAMAT "CIKGU" KEKAL TERPAHAT
MENJADI KENANGA DI AKHIR HAYAT.
GURU OH GURU
BERBURU DI PADANG DATAR
DAPAT RUSA BELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI
DIALAH PEMBERI PALING SETIA
TIAP AKAR ILMU MILIKNYA
PELITA DAN LAMPU SEGALA
UNTUK MANUSIA SEBELUM MENJADI DEWASA
DIALAH IBU DIALAH BAPA JUGA SAHABAT
ALUR KESETIAAN MENGALIRKAN NASIHAT
PEMIMPIN YANG DITAULIAHKAN SEGALA UMAT
SERIBU TAHUN KATANYA MENJADI KHIDMAT
JIKA HARI INI PERDANA MENTERI BERKUASA
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA' YANG MULIA
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
JIKA HARI INI SIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA
SEJARAHNYA DIMULAKAN DENGAN SEORANG GURU
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS - BACA
DIMANA - MANA DIA BERDIRI DIMUKA MURIDNYA
DI SEBUAH SEKOLAH MEWAH DI IBU KOTA
DI BANGUNAN TUA MUNSHI ABDULLAH
DIA ADALAH GURU MEWAKILI SERIBU BUKU
SEMAKIN TERPENCIL DUDUKNYA DI CERUK DESA
SEMAKIN BERERTI TUGASNYA KEPADA NEGARA
JADILAH APA PUN PADA AKHIR KEHIDUPANMU GURUKU
BUDI YANG DIAPUNGKAN DI DULANG ILMU
PANGGILAN KERAMAT "CIKGU" KEKAL TERPAHAT
MENJADI KENANGA DI AKHIR HAYAT.
Rabu, 28 Ogos 2013
Majlis Pelancaran i-THINK
FIKIR i-THINK, GUNA i-THINK
Ucapan Tn Pengetua
Ucapan Pn Rohani Marjuki mewakili PPD
Perasmian Oleh Pn Rohani Marjuki
Program i-THINK merupakan program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Pelajar - pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir, sejajar dengan apa yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing pada peringkat global.
Ucapan Tn Pengetua
Ucapan Pn Rohani Marjuki mewakili PPD
Perasmian Oleh Pn Rohani Marjuki
Program i-THINK merupakan program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Pelajar - pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir, sejajar dengan apa yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing pada peringkat global.
MAKSUD LENCANA SEKOLAHKU
LENCANA SEKOLAHKU
Huruf SMKMA:
Singkatan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.
Warna Merah:
Berani, gagah berjuan mengikut kebijaksanaan.
Warna Biru :
Ilmu, keimanan dan ketakwaan.
Warna Putih:
Jiwa yang bersih untuk mencapai cita-cita murni.
Kancil :
Bijak seperti Sang Kancil
Roda:
Peredaran zaman dan perkembangan dan sains teknologi pendidikan.
Buku:
Melambangkan institusi ilmu dan para pelajar menuntut ilmu.
Bulatan:
Kegiatan sukan dan olahraga dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan otak.
Tangan:
Lambang tangan menadah, bermaksud memohon restu daripada Allah SWT dan mendokong cita - cita murni.
Selasa, 27 Ogos 2013
SEJARAH SEKOLAH
Mempunyai dua aliran yang dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan dan Darjah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Kelas- kelas darjah menengah ini menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Bagan Nakhoda Omar.
Darjah-darjah menengah yang telah mula dibuka pada 11 Januari 1965. Tiap-tiap darjah menengah yang tersebut diketuai oleh seorang guru yang dipanggil Guru Ketua.
Pada 8 Januari 1968, kelas-kelas tersebut telah dipindahkan ke bangunan sendiri seperti yang ada sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah, Sabak Bernam Barat.
Y.A.B Tun Abd Razak bin Hussein telah menyempurnakan perasmian sekolah ini pada 29 Mac 1969 dan namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam Barat.
Pada tahun 1964, pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan agar membina sebuah sekolah menengah di kawasan DUN Sungai Air Tawar.
Ahli Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan untuk menguruskan projek tersebut.
Ahli Jawatankuasa Bertindak yang dilantik adalah terdiri daripada:-
Tuan Hj. Yusuf bin Hj. Ramli - Ketua Kampung Sungai Air Tawar
Tuan Hj. Khalil bin Kasmijan - Ketua Penerangan UMNO
Cawangan Sg. Air Tawar
(Pemberita Utusan Melayu)
En. Tukiban bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
En. Samian bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Anuar - Ketua Kampung Tebuk Mufrad
Mereka ini menemui Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Encik Khir Johari dan mengajukan usul agar sekolah yang dipohon itu dibina pada akhir tahun 1966 dan mula digunakan pada tahun 1968. Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.
Isnin, 26 Ogos 2013
SAMBUTAN ULANG TAHUN SEKOLAH 3 TAHUN LEPAS
SAMBUTAN ULANG TAHUN SEKOLAH KALI KE 44
Secara
ringkas sejarah penubuhan SMK Munshi Abdullah Pendidikan
menengah di kawasan Sabak Bernam Barat bermula pada pertengahan tahun 1960an
sebelum tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah(sebelum ini
dikenali sebagai Sekolah Munshi Abdullah). Tarikh itu menunjukkan bahawa
pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat agak lewat berbanding dengan
tempat – tempat lain . ini mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi dan sosial
yang menghalang penduduk kawasan ini unutk menerima corak atau sistem ala barat
ini.Kebanyakan kanak
– kanak dan remaja kawasan ini pada masa itu hanya diberi pendidikan pendidikan
agama di rumah, masjid,surau atau di rumah guru – guru agama yang tertentu.
Bagi ibu bapa yang mampu mereka akan menghantar anak – anak remaja mereka ke
sekolah – sekolah pondok yang kebanyakannya terletak di luar negeri Selangor.
Terdapat segelintir masyarakat yang menghantar anak – anak mereka untuk
menuntut di sekolah menengah yang dianggap secular yang terletak di pekan Sabak
Bernam.Pendidikan
menengah kawasan ini bermula dengan terbukanya darjah – darjah menengah yang
menumpang di sekolah – sekolah kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan teluk
Rhu,Sekolah Kebangsaan BNO dan Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar. Penubuhan
darjah – darjah menengah ini bermula tahun 1965. Jika dibandingkan keempat
–empat kelas ini darjah menengah pertama di kawasan ini dicadangkan lokasinya
di Parit Baru dengan tapaknya di sekolah Menengah Agama Parit Baru sekarang.
Atas sebab – sebab tertentu cadangan awal itu tidak dilaksanakan dan sekolah
berkenaan dibina di tapak yang ada sekarang iaitu di kampong Perenggan, Sunagi
Air Tawar.Sekolah ini
mula dibina pada tahun 1967 dengan 2 blok yang menempatkan pejabat dan blok
yang menempatkan bilik ERT sekarang serta sebuah kantin. Bangunan ini mula
digunakan pada 8 Januari 1968 dengan menempatkan murid tingkatan 1 hingga
tingkatan 3. Bangunan awal tersebut dirasmikan oleh Dato’ Abdul Razak bin
Hussin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu pada 29 Mac 1969. Dengan
perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri itu maka termaktublah nama sekolah ini
sebagai Sekolah Munshi Abdullah(SMA).Pada tahun
1975, 2 blok bangunan baru dibina, yang sekarang menempatkan perpustakaan dan
bengkel Seni perusahaan(Kemahiran Hidup). Pada tahun 1980 sebuah lagi bangunan
yang mempunyai 2 buah makmal untuk memudahkan aliran sains tingkatan empat
dan lima. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Dato’ Musa b Hitam. Meneri
Pendidikan Malaysia waktu itu pada 14 Jun 1981. Bangunan yang paling akhir
dibina ialah blok yang menempatkan bilik guru sekarang, selari dengan blok
perpustakaan. Ia dibina pada tahun 1988.Bangunan –
bangunan lain bagi memenuhi keperluan pendidikan di sekolah turut dibina
seperti tempat meletak basikal di hadapan dan belakang blok pentadbiran.
Musolla(surau) juga didirikan bagi memudahkan guru- guru , kakitangan dan murid
sekolah ini menunaikan solat serta bagi tujuan pengajaran Pendidikan Islam.
Bangunan ini dibina pada tahun 1983 hasil derma orang ramai. Sekolah ini juga
mempunyai sebuah asrama desa yang menempatkan menempatkan 50 orang pelajar
perempuan. Pengambilan pertama pelajar untuk menduduki asrama dibuat pada tahun
1991. Paling akhir sekolah ini dihadiahkan sebuah studio Pendidikan Seni oleh
Dato’ ramli b hj Norani (ADUN Kawasan Sungai Besar). Perasmian bangunan ini
dilakukan oleh beliau sendiri pada 16 Ogos 1996.Mulai tahun
1997 sekolah ini tidak lagi dikenali sebgai Sekolah Menengah Munshi Abdullah,
tetapi Sekolah menengah Kebangsaan munshi Abdullah mengikut pekeliling yang
diluluskan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1998, 3 bangunan
dalam pembinaan iaitu bilik kebal, bangunan kelas 4 tingkat dan bangunan
kemahiaran hidup.
CERAMAH AGAMA SMK MUNSHI ABDULLAH
CERAMAH AGAMA
12 Februari 2010 Dataran SMK Munshi Abdullah telah diadakan program ceramah agama sempena dengan ulang tahun kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW atau Maulidur rasul. pihak sekolah telah menjemput ustaz... sebgai ceramah undangan.
Program tersebut disertai oleh pelajar dan guru - guru SMK Munshi Abdullah. Objektif program tersebut dilaksanakan adalah bertujuan memberi kesedaran kepada warga Munshi tentang hal- hal keagamaan dan cuba memuhasabah diri untuk meningkatkan ketaqwaan seorang muslim yang muttaqin.
MISI DAN VISI
MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIDKAN BERKUALITI .
VISISEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIDKAN BERKUALITI .
VISISEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
KEJOHANAN OLAHRAGA SMK MUNSHI ABDULLAH
SMK MUNSHI ABDULLAH MENCIPTA REKOD TERBAIK DALAM SUKAN OLAHRAGA MSSD 2011
Pada 28 hingga 31 mac 2011 telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam. Kejohanan tersebut dijalankan di Stadium Sabak Bernam. Kejohanan itu juga disertai sekolah – sekolah di seluruh daerah Sabak Bernam.
Sekolah kita telah menghantar kontigen seramai 27 atlit yang merupakan jumlah atlit paling sedikit dalam kejohanan dwitahunan tersebut.
Kekurangan tidak sedikitpun melunturkan semangat pelajar – pelajar SMK Munshi Abdullah untuk mengharungi cabaran dalam acara yang dipertandingkan.
Dalam kejohanan itu sekolah kita telah memperolehi 7 emas, 6 perak dan 6 gangsa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 19 pingat yang terkumpul. Ini sekaligus meletakkan SMK Munshi Abdullah di tempat ke enam daripada 17 buah sekolah yang bertanding.
Pencapaian tersebut merupakan satu rekod yang terbaik pernah dicapai oleh sekolah dalam tempoh 10 tahun.
Pingat emas telah diperolehi melalui Tan Chee Siong menerusi acara lempar cakera dengan lontaran 29.47meter sudah cukup menggapai emas untuk kategori lelaki bawah 18 tahun. Dalam masa yang sama beliau juga memperolehi pingat perak dalam acara merejam lembing dengan catatan 33.27meter dalam kategori yang sama.
Manakala dalam kategori perempuan bawah 18 tahun sekolah kita juga telah memperolehi pingat perak dan gangsa masing – masing melalui acara lari 100m dan 200m.
Dalam kategori lelaki bawah 15 tahun sekolah kita telah memperolehi 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa. 2 emas menerusi Mohd Zuliyadi B Mohd Ali menerusi acara lari 400m, 800m dan sekadar pingat gangsa dalam acara 1500m. Mohd Taqiyuddin B Maizal juga Berjaya menyumbang 1 pingat emas dalam acara merejam lembing(35.78meter) dan 1 pingat gangsa dalam acara lompat jauh (5.02meter). Tidak ketinggalan juga Adib Asyraf B Mohd Khalid menggapai pingat perak dalam acara lempar cakera(1.56meter).
Seterusnya dalam kategori lelaki bawah 14 tahun, sekolah kita memungut 2 pingat perak. Masing – masing melalui Mohd Aiman B Basri dalam acara merejam lembing (25.65meter) dan Lukman Hakem b Muryono dalam acara lempar cakera (24.84).
Kemudian dalam Kategori perempuan bawah 14 tahun, Sekolah kita berjaya memperolehi pingat emas dan gangsa dalam acara lari 800m menerusi Manimegalai A/P Muthu dan Gunavathi A/P Noel Steven. Dalam acara lari 1500m yang melibatkan mereka juga tidak menghampakan dengan Manimegalai A/P Muthu memperolehi pingat emas dan Gunavathi A/P Noel Steven memperolehi pingat perak.
Dalam acara lari 4×400m yang melibatkan Manimegalai A/P Muthu, Gunavathi A/P Noel Steven, Nurul Syakira Bt Abdullah dan Harshini A/P krisnamaurthy sekadar memperolehi pingat gangsa.
Nurul Syakira Bt Abdullah juga memperolehi pingat gangsa dalam acara lari 400m dan Nurliyana Bt Ramli juga memperolehi pingat emas dalam acara lompat jauh(3.55meter).
Perkembangan ini merupakan tanda yang positif untuk menjadikan SMK Munshi Abdullah sebuah sekolah yang mampu bersaing bukan sahaja sekolah – sekolah di daerah Sabak Bernam bahkan sekolah – sekolah di seluruh Negara.
Kejayaan pelajar – pelajar ini bukan datang dengan sendirinya. Dibelakang mereka berdiri teguh guru – guru SMK Munsi Abdullah yang berkorban masa,tenaga dan idea untuk mencapai matlamat tersebut. Sekalung tahniah atas segala tunjuk ajar guru – guru yang diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai jurulatih olahraga sehingga membawa kejayaan yang gemilang untuk SMK Munshi Abdullah Sabak bernam.
Langgan:
Catatan (Atom)